Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 5 Oktober 2014

Foto-foto Aktiviti Terbaru Gabungan Kami antara Asas Buah Tempur dan Seni Tomoi ! Bulan September 2014! MashaAllah!












































Slm Duhai Sahabat2 Sekalian! Beginilah aktiviti2 terbaru kami di tempat baru kami di Masjid al-Hidayah Kg Sg Penchala yg sedang giat kami jalankan pada setiap sabtu Seni Tomoi - Jam 2.00pm-5pm. Asas Buah Tempur- Jam- 5.00-7.00pm..

Isnin, 19 Mei 2014

TENANG INGAT KILAS (ASAS BUAH TEMPUR)

Assalamualaikum Duhai Sahabat Ini merupakan banner terbaru yang keluar daripada simpanan kami ! Mudahan dapatlah datang untuk merealisasikan misi untuk menakluk dajal akhir zaman ! Kami dalam proses juga mencari tempat yang lebih besar dan selesa untuk murid-murud belajar. InshaAllah kami akan beritahu dalam masa terdekat nanti. Wasalam !

Selasa, 6 Mei 2014

MANAKAH KATEGORI ANDA !

Asas Buah Tempur boleh juga dijadikan mengikut keperluan murid-murid tetapi akhirnya kepada satu juga! Ini kategorinya:-

General Interest-

Bagi Penggemar dan Pencinta Beladiri ini sangat terbaik lebih tekun untuk mengkaji dan menyebarkan. Kami tahu ramai pengkaji diluar sana menuntut pelbagai ilmu beladiri untuk mencari yang terbaik.

Semua beladiri diluar sana adalah terbaik cuma tanya pada diri kalian mana yang keperluan atau kehendak ?
Untuk muda remaja tak mengapa bertahun belajar beladiri tetapi jika sudah berkeluarga umur pun meningkat carilah yang simple, senang tapi efektif ! Tenang Ingat Kilas Asas Buah Tempur !

Pertempuran diluar dibawah seminit sahaja sedangkan belajar bertahun! Renungkan mudahan mendapat Hidayah Allah dalam hidup kalian. Hukum membeladiri adalah wajib dalam Islam. Berterusan kita membela Agama, Nusa dan Bangsa.

Fighting-
Di sini kita banyak menunjukkan cara-cara dalam sebuah pertarungan, pergaduhan atau pertandingan dinamakan street fighting classes for the beginning, intermediate, and advanced fighter.

 Dalam street fighting (luar dari kelas) kecenderungan untuk melupakan apa yang dipelajari di kelas memang tinggi seperti lawan cowboy! Kita tidak mahu begitu bertempur tetapi mesti bersistem agar tetap tenang sampai musuh yang kecundang dlm masa yang sangat singkat !

Asas Buah Tempur classes develop the skills needed for you to win the battle. Kami akan menunjukkan area yang perlu dibaiki semasa tempur, serangan musuh, kilasan, masa, taktik, gerak lawan dan pandangan panglima. Kami menyediakan hanya keperluan untuk bertempur diluar sana kerana luar itu bukan gelanggang !

Musuh diluar itu ada 2 keinginan 1. Mencederakan 2. Membunuh
Jadi apa yang efektif untuk hadapi ini ! Dalam darurat tiada undang-undang! selamat atau melayang ! fighting will keep you safe and help you survive from a violent assault.
Berpantang ajal sebelum Maut !



Fitness


Asas buah tempur boleh juga menolong untuk yang fitness freak (gila bersenam) atau kepada golongan yang berumur 40 thn ke atas ia tidak mengira peringkat umur oleh kerana pergerakan boleh dilajukan atau diperlahankan mengikut kemampuan murid !

Masalah berat badan, sendi sakit, sakit pinggang, masalah kelamin, sakit jantung, asma dan lain-lain common illness dapat dibantu melalui kelas kami, InshaAllah !

Temui kami segera untuk rasai sendiri Anugerah Allah Ta'ala ! MashaAllah ! TabarakAllah !

Isnin, 5 Mei 2014

3 PERINGKAT PELAJARAN DALAM ASAS BUAH TEMPUR

Asas Buah Tempur mempunyai 3 Peringkat MataPelajaran antaranya

Peringkat 1
(Basic Level)
 

Peringkat ini khas untuk murid yang tiada asas beladiri. Matlamat kami untuk mengajar asas cara bertempur dan membela dari sebarang musuh serta jenayah.

Murid akan belajar cara bertempur dari segi berdiri, pergerakan, pelbagai cara menumbuk, menyiku,melutut dan tendangan yang minimum cukup untuk membiarkan musuh mengelupur kesakitan !

Cara-cara menangkis daripada ditumbuk,dicekik, headlocks atau wrist grabs oleh musuh juga diajarkan disini.

InshaAllah setelah agak mahir dengan matapelajaran diatas boleh pergi ke peringkat kedua. (Ada ujian untuk peringkat pertama)


Peringkat 2 (Intermediate Level)

Tamatnya Peringkat Pertama setelah menempuh ujian bolehlah diteruskan ke Peringkat Kedua (Intermediate Level) murid-murid akan meneruskan untuk mengimbas kembali apa yang telah dipelajari serta mempertajamkan skill-skill yang telah dipelajari dulu. Kali ini murid akan belajar cara menyerang musuh pula jika tidak sebelum ini hanya bermain defense. Peringkat ini sangat lebih kepada kelincahan dalam kemahiran skillnya juga tinggi.

Ada pertambahan buah-buah tempur khas kaedah mengilas, menumbuk dan pertambahan tangkisan segera buat tumbukan, serangan mendadak,tendangan atau sebarang jenisan
punch defenses with counterattacks, kick defenses, and defenses against various chokes, headlocks, and bearhugs. Ada juga kami selitkan kaedah menangkis serangan senjata yang umum. Biasanya dalam tempoh 4-6 bulan murid dapat memahami dan menyerapi teknik-teknih buah tempur maka InshaAllah boleh diteruskan untuk ujian dan ke Peringkat 3 (Advance Level)

Peringkat 3 (Advance Level) Kejurulatihan

Setelah mengharungi peringkat ke 2 dan menempuh ujiannya maka murid boleh lagi meneruskan lagi cabarannya untuk ke Peringkat 3. Sini murid dapat berjinak dengan mainan senjata, diajar senjata iaitu parang, kayu dan tekpi (ini atas pilihan murid) 

Disini juga murid akan meneruskan kepahaman dan skillnya untuk menyerang, menangkis sebarang serangan kosong atau bersenjata. Ditambahkan lagi advance technique menangkis serta mematahkan senjata seperti pisau, parang,kerambit, pistol dan kayu belantan Tambahan lagi iaitu diajar kaedah bertempur dengan musuh yang ramai, rasanya lebih 2 orang ramailah jugak ! Tenang saja hadapinya InshaAllah kita akan menang hanya dengan pertolongan Allah Ta'ala!

InshaAllah murid yang telah melepasi kesemua peringkat dengan jayanya akan diberikan sijil Khalifah Perguruan atau Jurulatih bagi meneruskan dan mengembangkan Asas Buah Tempur didalam atau diluar Negara !
 
Disini tiada tempoh masa cukup paham dan sifat panglima telah kelihatan sudah boleh mengajar!

nota kaki: nama kilas nipis panglima tetap berperanan dan mendominasi cuma nama asas buah tempur menambahkan kepahaman yang kami ini lebih kepada buah tempur tidak ada seni seperti beladiri yang lain. Setiap buah tempur yang diajarkan telah diguna pakai dalam pertempuran sebenar dan disahkan penggunaanya logik dan tepat serta berkesan. InshaAllah !

Sabtu, 19 April 2014

http://dakwahmuhaqqiqin.blogspot.com/2014/04/risalah-yang-terbaru-buat-beladiri-sufi.html

Assalamualaikum Ikut link ini bagi mengetahui aktiviti terbaru kami. Alhamdulillah telah Allah Ta'ala Anugerahkan buat kami tempat untuk mencapai KehendakNya !